MAHKAMAH Agung Kyrgyzstan membebaskan Pemangku Presiden Sadyr Japarov, yang didakwa terbabit dalam cubaan merampas kuasa semasa rusuhan 2012, lapor Agensi Berita Sputnik.
“Sadyr Japarov dibebaskan oleh panel hakim kerana kekurangan corpus delicti,” kata jurucakap mahkamah.
Menurutnya, seorang rakan Japarov, Kamchybek Tashiyev merangkap ketua baharu Jawatankuasa Keselamatan Negara turut dibebaskan.
Pada 2012, tunjuk perasaan diadakan di Bishkek menuntut pembaharuan perusahaan perlombongan emas Kumtor, yang kemudian bertukar menjadi ganas.
Antara penganjur perhimpunan itu ialah Japarov dan Tashiyev, yang kemudian ditahan dan dituduh cuba merampas kuasa. – Bernama, 20 Oktober, 2020.
Komen