Kadar jangkitan Covid-19 turun hingga 1.5, kata KP Kesihatan


Ravin Palanisamy

NILAI Rt penularan jangkitan (Rt) - atau R-naught (R0) Covid-19 kini menurun kepada 1.5 selepas empat minggu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata bahawa nilai jangkitan berada pada tahap 2.2 pada permulaan gelombang ketiga jangkitan pada 20 September lalu.

Bagaimanapun beliau memperingatkan bahawa pihaknya menjangka kes harian Covid-19 tetap menyaksikan peningkatan namun tidak secara mendadak.

“Covid-19 Rt atau R0 turun ke bawah 1 dengan kerjasama orang ramai mematuhi SOP,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Beliau menambah bahawa gelombang ketiga Covid-19 adalah mencabar dan menasihati orang ramai untuk mematuhi SOP secara ketat

“Gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia sememangnya lebih mencabar walaupun kita lebih bersedia dari segi kemampuan dan pelaksanaan kesihatan awam yang sedang dilakukan ketika ini.

“Nilai R-naught (R0) pada awal gelombang ketiga pada 20 September berada pada kadar 2.2, namun dalam masa empat minggu, nilai itu menurun menjadi 1.5.

“Ini bermakna, dengan usaha yang telah dilakukan, kita dapat menghindari peningkatan kes secara mendadak.

“Dengan jumlah kes positif yang dilaporkan setiap hari, kami dapati bahawa ia masih berada di paras unjuran nilai R0 = 1.5. Oleh itu, kami menjangka kes Covid mungkin masih akan meningkat setiap hari namun bukan secara mendadak,” tambahnya.

R-naught adalah nilai yang mewakili purata angka orang yang boleh dijangkiti dari seorang pesakit. – 18 Oktober, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen