Parlimen jadi tumpuan isu perubahan kerajaan, kata penganalisis


Tan Yih Pey

Sidang Parlimen pada November bakal menyaksikan pengaruh Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin nombor satu negara.– Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Oktober, 2020.

SEMUA  mata akan tertumpu pada usul tidak percaya dan Belanjawan 2021 dalam persidangan terakhir Parlimen tahun ini, yang bermula 2 November depan, kata penganalisis.

Namun masih diragukan sama ada usul tidak percaya akan dibahaskan di Dewan Rakyat atau pun tidak, kata penganalisis politik Ong Ooi Heng.

Ong berkata bahawa urusan Parlimen ditentukan Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan namun hubungan rapat PAS dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, ia besar kemungkinan tidak akan dibentangkan.

“Walaupun menteri juga boleh mengusulkan usul tidak percaya, dan sementara bilangan mereka banyak, termasuk menteri Umno, Apakah mereka akan melakukannya?” kata Ong.

“Sekiranya Umno tidak melakukan ini, ini bermakna Umno tidak berpecah seperti yang difikirkan semua orang.”

Lebih-lebih bagi ia dikuatkan dengan kenyataan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun ketika disoal Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengenai usul tidak percaya, Ong mengatakan tidak mungkin Azhar akan membenarkan usul itu dibahaskan.

Azhar berkata bahawa usul kerajaan akan diutamakan daripada rang undang-undang persendirian di Parlimen.

Pada hari Jumaat, 11 ahli parlimen Amanah dan lima orang Pejuang, termasuk Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul berasingan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dengan alasan dewan sudah hilangan kepercayaan terhadap kemampuan perdana menteri bagi mentadbir negara.

Kemudian laporan lain mendedahkan bahawa Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat mendapat 30 usul dari 25 ahli Parlimen untuk persidangan Parlimen berikutnya.

Azhar berkata semua usul yang dikemukakan akan diteliti dan dipertimbangkan sesuai dengan peraturan dewan.

Saintis politik Prof Dr Wong Chin Huat berkata, Azhar telah mengatakan bahawa urusan usul kerajaan akan diutamakan daripada rang undang-undang pesendirian.

Wong menambah bahawa ancaman kedua terhadap kerajaan Muhyiddin adalah berhubung Belanjawan 2021.

“Sekiranya Belanjawan tidak mendapat sokongan, Muhyiddin akan kelihatan sangat lemah walaupun tidak berdepan usul tidak percaya,” kata Wong.

Belanjawan 2021 dijadualkan akan dibentangkan pada 6 November dengan perbahasannya dimulakan pada 9 November. Undi untuk Pembacaan Kedua dijadualkan pada 10 Disember. Sekiranya belanjawan tersebut ditolak, ia akan menjadi isyarat pertama bahawa kerajaan Muhyiddin telah jatuh.

Di bawah sistem parlimen Westminster, Speaker masih dapat menafsirkannya secara berbeza dengan menawarkan lebih banyak masa kepada parti kerajaan untuk berunding dengan parti pembangkang sebelum mengemukakan Belanjawan untuk undi lain.

Bagaimanapun sama ada Belanjawan 2021 diluluskan atau tidak, Wong mengatakan bahawa pentadbiran Muhyiddin tidak akan stabil sehingga pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata bahawa jika tidak ada yang barisan sokongan seperti Musa Aman, bekas ketua menteri Sabah dalam tempoh ini, Muhyiddin masih akan menghadapi dilema yang sama dalam belanjawan berikutnya.

Muhyiddin mempunyai majoriti tipis dengan sokongan 113 ahli Parlimen di Dewan Rakyat dari 222 keseluruhan kerusi. – 18 Oktober, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen