Duduk rumah jika tiada urusan di luar, gesa KP Kesihatan


Ravin Palanisamy

Seorang pengguna komuter memakai pelitup muka ketika berada di luar. Malaysia hari ini mencatatkan 869 kes baharu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Oktober, 2020.

RAKYAT Malaysia perlu duduk di rumah bagi tempoh dua minggu bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang kini semakin merebak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Jika perlu, bagi tempoh ini duduk di rumah jika tiada urusan di luar,” katanya menerusi sidang media secara maya hari ini.

Situasi Covid-19 di Malaysia terus membimbangkan apabila 869 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Dr Noor Hisham berkata majoriti kes berasal dari Sabah dengan 451 kes atau 51.9% daripada keseluruhan kes hari ini.

Katanya Lembah Klang pula menyumbang 20.3% kes walaupun kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata jika ada keperluan untuk keluar rumah, rakyat Malaysia perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan kementerian kesihatan.

“Jika perlu keluar atau bekerja, pastikan patuhi SOP,” katanya. – 17 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen