ANTARA kes positif Covid-19 di Sarawak hari ini adalah empat anggota keluarga di Kuching dalam Kluster Bah Arnab.
Keluarga tersebut menjalani kuarantin pada 8 Oktober lalu selepas dijangkiti Covid-19 dari empat anggota keluarga lain yang dijangkiti.
Empat yang kini positif - dua dewasa dan dua remaja - sebelum ini didapati negatif dalam ujian pertama mereka pada 6 Oktober lalu.
Jabatan Kesihatan Negeri mengarahkan mereka pergi ke pusat kuarantin yang ditentukan dua hari kemudian selepas tiga ahli keluarga lain didapati positif Covid-19.
Kes indeks Kluster Bah Arnab adalah lelaki yang digambarkan jawatankuasa bencana sebagai seorang ahli perniagaan yang “biasa melakukan perjalanan” antara Sarawak dan Sabah bagi urusan perniagaan.
Kes indeks itu menjalani ujian rT-PCR di lapangan terbang antarabangsa Kuching semasa tiba dari Kota Kinabalu pada 2 Oktober.
Namun sejak Jumaat, dan tidak ada ujian yang dilakukan pada hujung minggu, dia hanya diperintahkan untuk menjalani kuarantin rumah.
Semasa ujian dilakukan pada 5 Oktober, dia didapati positif Covid-19.
Jawatankuasa bencana bahawa keempat-empat anggota keluarga yang didapati positif hari ini terdedah kepada virus akibat kontakn rapat dengan ahli keluarga yang dijangkiti antara 2 dan 6 Oktober.
Walaupun kes indeks itu dikategorikan sebagai kes import (ke dalam negeri), anggota keluarganya yang lain direkod sebagai penularan tempatan.
Setakat ini, Kluster Bah Arnab mencatatkan lapan kes jangkitan dari 36 orang yang disaring di kluster tersebut. – 17 Oktober, 2020.
Komen