629 jangkitan baharu, 6 kematian dicatatkan hari ini


Ravin Palanisamy

MALAYSIA mencatat 629 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, dengan 489 atau 77.7% kes berasal dari Sabah.

Enam kematian juga dilaporkan, menjadikan angka kematian keseluruhan kepada 176 orang.

Ini adalah hari ke-10 berturut-turut negeri Borneo mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu itu, 627 adalah penularan tempatan manakala dua lagi kes import. 

Jumlah jangkitan setakat ini berjumlah 18,758.

Katanya, daripada 627 kes penularan tempatan, 498 kes melibatkan warganegara dan 64 warga asing, dengan 16 kes mempunyai sejarah pernah ke Sabah baru-baru ini.

Lima daripada enam kematian melibatkan penduduk tempatan di Sabah, sementara satu kematian warga asing dilaporkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ia merupakan lima lelaki dan seorang wanita.

Semua pesakit mempunyai sejarah penyakit kronik dan seorang daripadanya masalah berkaitan jantung.

Noor Hisham berkata, 245 pesakit pulih daripada virus, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih sebanyak 12,259 atau 65.4% daripada jumlah kes.

Beliau juga berkata terdapat 6,323 kes aktif pada masa ini, dengan 99 di unit rawatan rapi (ICU) dan 31 mendapat bantuan pernafasan. – 16 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen