Covid-19 ragut lebih 10,000 nyawa di Iraq


Sistem kesihatan Iraq semakin parah dengan lonjakan kes Covid-19. – Gambar EPA, 15 Oktober, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan Iraq berkata pada Rabu, lebih 10,000 rakyatnya meninggal dunia akibat Covid-19.

Iraq melaporkan lebih 413,000 kes, dan jumlah kematian sekarang berjumlah 10,021, kata kementerian itu.

Negara jiran Iran mencatatkan kematian tiga kali ganda lebih tinggi, jumlah korban tertinggi di rantau ini.

Baghdad baru-baru ini menarik balik sekatan dan membuka kembali masjid, kedai dan kafe tetapi menutup sempadannya untuk bukan penduduk.

Ia juga mendesak orang ramai tidak menghadiri perhimpunan besar.

Namun lebih 14.5 juta orang berpusu-pusu ke Arabeen, sempena acara keagamaan bagi pengikut Syiah yang berakhir minggu lalu, menurut pihak berkuasa agama, dengan hanya sedikit memakai pelitup muka atau menjaga penjarakan sosial.

Sistem kesihatan Iraq, yang terjejas akibat perang bertahun lamanya, pemberontakan dan kekurangan pelaburan, runtuh di bawah tekanan jangkitan yang semakin meningkat, dan kakitangan perubatan mengadu kekurangan peralatan pelindung diri. – AFP, 15 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen