Cristiano Ronaldo positif Covid-19


Kapten pasukan kebangsaan Portugal Cristiano Ronaldo dilaporkan berada dalam keadaan baik tanpa gejala dan kini dikuarantin.– Gambar EPA, 14 Oktober, 2020.

BINTANG bola sepak sensasi merangkap kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo disahkan positif Covid-19, sekali gus terlepas peluang untuk beraksi dalam perlawanan menentang Sweden pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

“Cristiano Ronaldo dikeluarkan daripada pasukan kebangsaan selepas dijangkiti Covid-19. 

“Pemain itu berada dalam keadaan baik tanpa gejala dan kini dikuarantin,” laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) pada Selasa dipetik.

Ronaldo pemain ketiga Portugal yang dijangkiti Covid-19 selepas Jose Fonte dan Anthony Lopes. – Bernama, 14 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen