Isteri ketua polis negara meninggal dunia 


Muzliza Mustafa

Azizah Hamdi menghembuskan nafas terakhir di PPUM. – Gambar Facebook PDRM, 15 Disember, 2017.

ISTERI Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun meninggal dunia hari ini pada jam 7.02 malam akibat kanser.

Allahyarhamah Azizah Hamdi, yang menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), meninggalkan suami dan tiga anak. 

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke masjid polis kontinjen Selangor untuk disembahyangkan dan akan disemadikan di Rapat Jaya, Ipoh, Perak.

Bernama melaporkan, pengebumian jenazah Alahyarhamah akan diadakan pada jam 9 pagi esok. –  15 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen