PANAMA mengumumkan penerbangan antarabangsa disambung semula selepas perkhidmatannya digantung pada Mac 2020, lapor agensi berita Sputnik.
Perkara itu diumumkan pihak penerbangan awam Panama.
“Selepas tujuh bulan perkhidmatan penerbangan antarabangsa disambung semula dengan semua langkah keselamatan yang ketat diambil bagi melindungi penumpang.”
Panama adalah hab pengangkutan utama Amerika Latin.
Penerbangan daripada 90 bandar di Amerika Utara dan Selatan serta Eropah melalui lapangan terbang Tocumen.
Panama merekodkan lebih 119,660 kes Covid-19 dengan 2,482 kematian. – Bernama, 13 Oktober, 2020.
Komen