PUSAT beli belah Bangsar Shopping Centre (BSC) akan ditutup sementara bagi proses nyahcemar selepas seorang staf disahkan positif Covid-19.
Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan BSC berkata mereka dimaklumkan tentang kes positif itu melibatkan seorang staf kedai Origani di bahagian tingkat bawah.
“Staf itu bertugas pada 6 Oktober, Selasa lalu dan pada waktu itu tidak menunjukkan sebarang simptom. Kemudian staf itu tidak hadir ke BSC,” kata pihak pengurusan menerusi Facebook.
Kata kenyataan itu, Origani telah menutup kedainya dan kesemua staf diarah menjalani ujian saringan Covid-19.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, BSC akan ditutup bermula 8 malam hari ini untuk proses nyahcemar di seluruh kawasan pusat beli belah.
“BSC akan terus mematuhi semua peraturan melibatkan kes Covid-19, dengan mematuhi langkah pencegahan dan pencegahan yang diperlukan.”
Pihak pengurusan juga meminta pelanggan untuk bersabar kerana mereka mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikah tahap keselamatan pusat membeli-belah terjamin.
“BSC akan menyambung semula operasi esok,” tambah kenyataan itu. – 11 Oktober, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen