674 ditangkap langgar SOP semalam, kata menteri


Mereka yang ditangkap merupakan pelanggan kelab malam, bar dan tempat hiburan lain, diikuti dengan mereka yang tidak memakai topeng muka seramai 170 orang, kata Ismail Sabri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Oktober, 2020.

SERAMAI 674 orang ditangkap semalam atas pelbagai kesalahan perintah kawalan pergerakan, termasuk 325 individu yang mengunjungi pusat hiburan, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

“Sebahagian besar mereka yang ditangkap semalam adalah pelanggan di kelab malam, bar dan tempat hiburan lain, diikuti dengan mereka yang tidak memakai topeng muka seramai 170.

“Antara kesalahan lain adalah tidak merekodkan maklumat pelanggan, tidak melakukan penjarakan sosial, penangkapan pendatang tanpa izin, melanggar garis panduan PKPP dengan membawa lebih dari dua penumpang, menyalahgunakan pas sosial, beroperasi melebihi waktu yang sepatutnya, meninggalkan rumah tanpa alasan di bawah PKPP dan premis beroperasi tanpa permit sah,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, polis mengeluarkan 583 kompaun dan menahan 91 orang.

“Walaupun banyak sektor telah dibolehkan buka di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan, gerai hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi.

“Kami akan menarik lesen dan kami akan menutup premis mereka,” kata Ismail Sabri. – 11 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen