SERAMAI 81 atlet Rusia yang berada di kem latihan persekutuan dan wilayah, didapati positif Covid-19, kata pengarah Jabatan Sukan Kementerian Sukan Rusia Alexei Morozov kepada saluran televisyen Rossiya.
Pada Mei, atlet dibenarkan kembali menjalani latihan, selepas ditangguhkan di tengah-tengah penularan Covid-19, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
“Bersama dengan Badan Perubatan dan Biologi Persekutuan (FMBA), kami melancarkan operasi mengesan individu dan kontak rapat mereka yang dijangkiti,” katanya.
“Mereka yang dijangkiti di kem itu dipindahkan dan diasingkan selebihnya menjalani kuarantin. Bilik kuarantin disediakan di semua kem latihan,” katanya. – Bernama, 9 Oktober, 2020.
Komen