M. Indira Gandhi akan berjalan kaki sejauh 350km yang bermula dari utara Malaysia hingga ke Putrajaya bagi menuntut keadilan kerana sudah habis usaha untuk bersatu kembali dengan anak perempuan bongsunya.
Beliau berkata pencarian anak perempuannya, Prasana Diksa, sudah terlalu lama dan masih belum berhasil hingga kini.
“Kami sudah penat berjumpa semua pihak berkuasa dan menteri.
“Mengecewakan, saya sudah menunggu 11 tahun untuk bertemu kembali dengan anak perempuan saya. Berapa lama lagi saya perlu tunggu?” Katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Indira akan memulakan perjalanan 12 hari mulai 21 November di Sungai Petani, Kedah ke Putrajaya untuk menyampaikan surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Ketika ditanya bagaimana beliau akan melakukannya, Indira mengakui tidak begitu sihat, tetapi impian untuk bersama puterinya Prasana menjadi pendorongnya.
“Prasana adalah motivasi terbesar saya sekarang.”
Indira masih menanti kepulangan puterinya, kini berusia 12 tahun, yang dilarikan bekas suaminya ketika masih bayi.
Muhammad Riduan Abdullah, seorang mualaf, pada 2014 diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengembalikan Prasana tetapi gagal melakukannya, yang menyebabkan perintah mandamus oleh mahkamah bagi ketua polis negara untuk menangkapnya. – 9 Oktober, 2020.
Berita penuh di sini
Komen