PENDUDUK dan pemilik perniagaan di Klang, Selangor bimbang dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini susulan lonjakan kes jangkitan Covid-19 baru-baru ini.
Walaupun mereka mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mengambil langkah tegas dalam usaha membendung penularan virus itu, beberapa penduduk yang ditemui berkata mereka bimbang tempoh dua minggu ini akan menjejaskan kehidupan.
Ramai juga kritikal terhadap keputusan kerajaan menguatkuasakan PKPB di daerah itu selepas jangkitan Covid-19 meningkat lebih 90 kes.
Di bawah PKPB, pergerakan masuk dan keluar dari daerah ini tidak dibenarkan. Makan di kedai dan restoran tidak dibenarkan sementara kedai runcit hanya dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang.
Operator perniagaan mulai merungut kerana mereka menanti jualan pra Deepavali sementara mereka yang bekerja di luar Klang berkata mungkin terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana tidak mampu membayar penginapan sementara di luar Klang.
Mahinder Singh, seorang pemilik kedai kain di Little India, Tengku Kelana, Klang berkata mereka menjangkakan mengalami kerugian dalam tempoh PKPB ini.
Katanya, Deepavali akan disambut tidak lama lagi, dan penutupan perniagaan pasti menjejaskan pendapatan mereka.
“Hanya perniagaan penting dibenarkan beroperasi. Kedai kain seperti saya diarahkan tutup sedangkan Deepavali tidak lama lagi.
“Ada banyak kedai kain di sini, dan sama seperti saya, kami bawa barang baharu masuk ke kedai kerana mengharapkan jualan lebih baik pada musim Deepavali. Tetapi nampaknya semua bakal rugi sekarang.
“Lebih lagi pula, kami masih terpaksa bayar sewa kedai dan bayaran lain sepanjang dua minggu kedai ditutup,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Beliau berkata orang ramai bimbang untuk ke Klang walaupun selepas PKPB ditarik balik, dan ada kemungkinan perintah berkurung itu dilanjutkan lagi jika jumlah jangkitan terus meningkat. – 9 Oktober, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen