PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump boleh meneruskan acara awam mulai Sabtu, kata doktor di White House pada Khamis, dengan berkata pemimpin itu bertindak balas “sangat baik” terhadap rawatan Covid-19.
“Sabtu akan menjadi hari ke-10 sejak beliau diagnosis pada Khamis, dan berdasarkan diagnostik lanjutan yang dilakukan oleh pasukan, saya sepenuhnya menjangkakan presiden boleh kembali dengan selamat untuk terlibat dengan orang awam pada masa itu,” kata doktor Trump, Sean Conley dalam satu kenyataan.
Trump menghabiskan masa tiga hari di hospital sebelum kembali ke White House pada petang Isnin.
White House menjadi pusat Covid-19, dengan puluhan orang yang terdekat dengan Trump diuji positif.
“Secara keseluruhannya, beliau memberi respons yang sangat baik terhadap rawatan, tanpa bukti pemeriksaan kesan terapi yang buruk,” kata Conley.
Sejak didiagnosis, Trump menerima rawatan antibodi eksperimen, ubat antivirus remdesivir dan steroid dexamethasone.
Dengan hanya berbaki 26 hari lagi menjelang pilihan raya 3 November, presiden teruja untuk kembali menyambung kempe, dengan tinjauan menunjukkan beliau di belakang pencabar Demokrat Joe Biden. – AFP, 9 Oktober, 2020.
Komen