JERMAN menyaksikan peningkatan kes jangkitan koronavirus yang membimbangkan.
Menteri Kesihatan Jens Spahn berkata jumlah jangkitan baharu melepasi 4,000 dalam tempoh 24 jam.
“Jumlah itu menunjukkan angka yang membimbangkan,” kata Spahn pada sidang media di Berlin.
Menurutnya kebanyakan negara di Eropah gagal menguruskan krisis itu dengan baik setakat ini.
“Namun kita tidak boleh memperjudikan apa yang teah kita capai,” katanya. – AFP, 8 Oktober, 2020.
Komen