KERAJAAN Sabah telah menamakan setiausaha PAS negeri Dr Aliakbar Gulasan sebagai Adun yang dilantik hari ini.
Beliau menjadi wakil parti Islam pertama mewakili DUN. PAS tidak bertanding dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini tetapi menyokong sekutunya Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Tahniah kepada Setiausaha PAS Sabah Aliakbar atas pelantikannya sebagai Adun (dilantik) mewakili Perikatan Nasional,” kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mukhtar Suhaili dalam satu catatan di Facebook.
Aliakbar yang berusia 49 tahun merupakan ahli jawatankuasa Pas Pusat dari 2015 hingga 2017.
Adun lain yang dilantik ialah bekas ketua menteri Yong Teck Lee, Suhaimi Nasir dan Raimie Unggi dari Umno serta Jaffari Walliam dan Amisah Yassin dari Bersatu.
Pelantikan Aliakbar dibuat selepas adanya protes beberapa pihak termasuk gereja di Sabah yang meminta agar PAS dikecualikan dari pelantikan pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Awal minggu ini Majlis Gereja-Gereja Sabah meminta Timbaan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan untuk membantah pencalonan wakil PAS untuk DUN.
“Kami sangat prihatin dengan berita bahawa PAS telah meminta untuk mengisi salah satu dari enam tempat untuk Adun yang dilantik di DUN.
“PAS adalah parti politik Islam yang diketahui berpecah belah dan tidak menghormati agama minoriti lain,” kata mereka dalam surat kepada Jeffrey yang mengetuai STAR yang merupakan komponen GRS.
Difahamkan surat yang sama juga dikirimkan kepada komponen GRS lain, Parti Kristian Kadazan Dusun Bersatu Sabah (PBS).
Dalam surat itu SCC menyebut berkenaan ahli Parlimen PAS Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menolak untuk meminta maaf atas kenyataan “menghina” kitab Injil. – 10 Oktober, 2020.
MENYUSUL
Komen