JABATAN Kesihatan Negeri Sembilan telah mengeluarkan surat amaran Covid-19 untuk penumpang yang menaiki bas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) ke Nilai Sentral pada 30 September.
Jabatan Kesihatan negeri berkata bas dengan nombor pendaftaran NDH2259 meninggalkan Platform B10 di klia2 pada jam 9 malam.
Penumpang diminta menghubungi bilik operasi Covid-19 Pejabat Kesihatan Seremban di talian 06-7634809.
Negeri Sembilan kini mempunyai 18 kes aktif sehingga semalam.
Sementara di Sabah, Pejabat Kesihatan Beaufort meminta pengundi di Sekolah Kebangsaan Mempaga semasa Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah untuk menjalani pemeriksaan.
Ini berikutan beberapa pengundi lain yang hadir mengundi di pusat itu telah disahkan positif Covid-19.
Pejabat Kesihatan daerah itu mencari pengundi yang berbaris di tempat mengundi tiga dan empat di sekolah berkenaan antara jam 3 hingga 5 petang untuk menjalani pemeriksaan.
Semasa PRN Sabah pada 26 September, mereka yang positif Covid-19 tidak dibenarkan mengundi.
Sabah menyaksikan lonjakan besar kes Covid-19 sejak PRN lalu. – 8 Oktober, 2020.
Komen