Perutusan khas PM mengenai situasi semasa Covid-19 petang ini


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan utusan khas mengenai situasi Covid-19 secara langsung dari kediamannya menerusi beberapa saluran televisyen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Oktober, 2020.

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19, petang ini.

Muhyiddin akan menyampaikan perutusan itu dari kediamannya dan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 petang.

Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Perdana menteri kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya.

Langkah itu diambil beliau selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Muhyiddin pada Sabtu lepas, disahkan positif Covid-19 semalam.

Zulkifli kini dirawat di sebuah hospital di Seremban. – Bernama, 6 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen