PEMBELAIAN dalam talian melonjak 27.5% dari tahun sebelumnya pada Ogos, ditunjukkan oleh data pada Isnin, apabila pandemik Covid-19 mendorong lebih ramai pengguna membeli barangan keperluan melalui platform e-dagang, lapor agensi berita Yonhap.
Nilai urus niaga dalam talian mencapai paras tertinggi 14.38 trilion won (AS$12.29 bilion) pada bulan itu, naik 3.1 trilion won pada bulan yang sama tahun lalu, menurut data dari Statistics Korea.
Peningkatan mendadak pada Ogos disebabkan oleh pandemik yang memaksa orang ramai untuk menggunakan kedai dalam talian.
Pandemik Covid-19, dengan kes pertama yang disahkan di Korea Selatan pada akhir Januari, telah memaksa ramai penduduk Korea Selatan tinggal dan bekerja dari rumah, menyebabkan mereka terpaksa berbelanja bukan di kedai.
Penjualan barang keperluan dalam talian, termasuk pembersih dan pencuci, meningkat 59.3% tahun ke tahun pada Ogos.
Sebaliknya pembelian dalam talian untuk aktiviti luar talian, turun mendadak, dengan pembelian untuk acara kebudayaan dan program pelancongan merosot 56.7% pada tahun ke tahun.
Pembelian yang dilakukan melalui telefon pintar, tablet dan peranti mudah alih lain melonjak 27.8% tahun ke tahun kepada 9.32 trilion won pada Ogos, menjadikannya 64.8% daripada keseluruhan perbelanjaan dalam talian. – Bernama, 5 Oktober, 2020.
Komen