Covid-19: New York rancang perketat sekatan di 9 kawasan kejiranan


Orang ramai berjalan melewati kawasan ujian Covid-19 di kawasan kejiranan Borough Park di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 5 Oktober, 2020.

DATUK Bandar New York Bill de Blasio kelmarin berkata beliau merancang untuk mengenakan sekatan di sembilan kawasan kejiranan apabila kes Covid-19 meningkat di beberapa bandar.

Cadangan itu yang perlu dipersetujui oleh Gabenor negara Andrew Cuomo menandakan kemunduran besar bagi bandar terbesar di Amerika sejak ia dilanda teruk pada Mac oleh koronavirus.

Seramai 24,000 orang terbunuh akibat virus itu di bandar berkenaan.

Blasio berkata beliau akan meminta untuk menutup perniagaan tidak penting dan semua sekolah di sembilan kawasan di Brooklyn dan Queens.

Sekiranya diluluskan oleh gabenor yang masih belum mempertimbangkannya, sekatan baharu itu akan menjadi langkah pertama untuk menguatkuasakan perintah pengurungan di bandar berkenaan.

New York City menjadi pusat wabak global pada musim bunga tetapi baru-baru ini para pegawai mengatakan kadar positif ujian dan jangkita terendah di antara bandar-bandar utama Amerika Syarikat (AS).

Beberapa tempat dari sembilan kawasan kejiranan mempunyai populasi Yahudi Ortodoks yang besar dan virus ini telah merebak dengan cepat dalam komuniti tersebut dalam beberapa minggu terakhir.

Berikutan peningkatan kes di 20 dari 146 kawasan bandar, pemimpin New York City mengikut langkah-langkah yang juga diambil di negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura. – AFP, 5 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen