Restoran di Paris dibenar buka dengan sekatan ketat


Restoran di Paris dibenarkan untuk dibuka tetapi di bawah sekatan yang ketat disebabkan jangkitan Covid-19 yang membimbangkan di negara berkenaan. – Gambar EPA, 5 Oktober, 2020.

RESTORAN di Paris dibenarkan untuk dibuka tetapi di bawah sekatan yang ketat – ketika bandar ini diberi amaran koronavirus tahap tertinggi dalam berdepan jumlah jangkitan Covid-19 yang membimbangkan, umum Pejabat Perdana Menteri pada Ahad.

Bagaimanapun bar dan kafe di Paris ditutup dengan langkah pencegahan baharu yang akan dikuatkuasakan sekurang-kurangnya selama 15 hari.

Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo dan Ketua Polis Negara Didier Lallement akan menjelaskan peraturannya pada hari ini.

Menteri Kesihatan Olivier Veran minggu lalu mengumumkan bahawa peningkatan kadar jangkitan Covid-19 dapat dicegah dengan menutup sepenuhnya kafe dan bar di bandar berkenaan.

Perancis melaporkan hampir 17,000 kes koronavirus pada Sabtu, jumlah harian tertinggi sejak negara itu menjalankan ujian secara meluas.

Angka-angka dari agensi kesihatan serantau ARS menunjukkan kes-kes koronavirus baharu kekal di atas 250 per 100,000 orang di Paris.

Lebih 32,000 orang mati akibat Covid-19 di Perancis dengan 49 kematian lain pada Sabtu. – AFP, 5 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen