Saya rasa lebih sihat, kata Trump


Presiden AS Donald J. Trump (tengah) memakai pelitup muka ketika melawat anggota tentera di pusat perubatan Walter Reed pada Julai lalu. Beliau kini berada di sana bagi menjalani rawatan selepas disahkan poisitif Covid-19. – Gambar EPA, 4 Oktober, 2020.

PRESIDEN AS Donald Trump berkata dalam sebuah video disiarkan di Twitter pada Sabtu malam yang beliau berasa “jauh lebih baik” dalam pertempurannya melawan koronavirus - tetapi beberapa hari berikutnya akan menjadi “ujian sebenar.”

Pemimpin berusia 74 tahun itu memberi jaminan kepada rakyat mengenai progresnya beberapa jam selepas sumber yang mengetahui keadaan presiden memberi amaran tanda vitalnya membimbangkan, dengan 48 jam berikutnya adalah kritikal.

“Saya datang ke sini, tidak berasa begitu baik,” kata Trump, yang dirawat di pusat perubatan tentera Walter Reed dekat Washington selepas diagnosis Covid-19.

“Saya berasa lebih sihat sekarang, kami berusaha keras untuk memulihkan saya kembali.”

Tidak jelas apakah video tidak bertarikh, difilemkan di Walter Reed, dibuat sebelum atau sesudah amaran mengenai kesihatannya, yang kemudian media AS kata dikatakan oleh media AS berasal daripada ketua kakitangan White House, Mark Meadows.

Mesej itu berbeza dengan penilaian yang lebih optimis daripada doktornya, seperti doktor White House, Sean Conley yang memaklumkan Trump tidak demam selama 24 jam dan batuk yang semakin baik dan keletihan.

Mengenakan kot biru dan kemeja putih, tetapi lebih kasual daripada biasa tanpa tali leher, Trump meramalkan pemulihan cepat.

“Saya fikir saya akan segera kembali dan berharap dapat menyelesaikan kempen yang sudah dimulakan,” kata Trump.

“Kami akan melihat apa yang akan berlaku dalam beberapa hari akan datang,” kata Trump, sambil menambah, “Saya rasa itulah ujian sebenarnya.”

Presiden itu menambah beliau tidak mempunyai “pilihan lain” selain bekerja dari hospital daripada berkurung di bilik tidur bagi pemulihannya.

Trump mempunyai semua kemudahan komunikasi White House di hospital yang membolehkannya menjalankan tugas rutin.

Beliau berkata diberi pilihan sama ada tinggal di White House, berkurung dan tidak keluar bilik.
Trump menambah ini ia akan menyebabkan beliau dilarang berjumpa sesiapadan ia bukanlah pendekatan pilihannya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ketua negara dengan ucapan simpati mereka. – AFP, 4 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen