KEMENTERIAN Kesihatan tidak mencadangkan sekolah ditutup walaupun berlaku lonjakan kes Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa sekarang cadangan itu belum dibuat.
“Aktiviti sekolah boleh diteruskan, tetapi perlu ikut prosedur operasi standard,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Katanya, kes yang berlaku di Kluster Tawar apabila seorang guru disahkan positif akan jadi panduan.
“Guru itu kembali ke sekolah dan ada jangkitan. Kemudian kami cadangkan untuk sekolah itu ditutup.”
Malaysia terus merekodkan lonjakan kes hari ini apabila 317 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Satu kematian juga dilaporkan menjadikan korban wabak negara naik kepada 137 orang.
Jumlah kes hari ini adalah lonjakan daripada 287 kes yang dilaporkan semalam. – 3 Oktober, 2020.
Komen