MALAYSIA dijangka bakal menyaksikan peningkatan kes jangkitan Covid-19 pada minggu hadapan kerana Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan lebih banyak pemeriksaan di Sabah dan Kedah.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka berharap dapat melandaikan keluk di Sabah dalam tempoh satu atau dua minggu.
“Akan ada peningkatan kes ketika kami melakukan lebih banyak pemeriksaan di zon merah di Sabah.
“Kami akan melihat peningkatan minggu ini dan kami akan mengesan kes positif dan asingkan mereka. Kemudian kami akan melakukan pengesanan kes akut,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Dr Noor Hisham berkata bahawa mereka telah berjaya mengawal beberapa kluster sebelum ini di Kedah.
“Kami sedang memantau Kedah. Puncanya adalah dari kawasan penjara.
“Kami berjaya memeriksa warden dan pegawai bertugas, sehingga dapat dikawal.” – 3 Oktober, 2020.
MENYUSUL
Komen