MENTERI Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini enggan mendedahkan sebarang maklumat sama ada seorang timbalan menteri yang dikatakan positif dijangkiti Covid-19.
Ismail berkata bahawa tidak ada yang dapat mengesahkan maklumat itu dan ia adalah bertentangan dengan hak peribadi seseorang untuk berkongsi maklumat tersebut.
Beliau berkata bahawa individu-individu yang disahkan positif Covid-19 sememangnya telah dirahsiakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Pertama sekali, tidak ada yang tahu status sebenar timbalan menteri itu. Ia tidak dibenarkan.
“Sejak PKP, nama-nama pesakit yang positif tidak didedahkan kerana ada adalah hak peribadi mereka,” kata beliau selepas mesyuarat kabinet khas berhubung Covid-19 yang turut dihadiri Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri pertahanan itu berkata bahawa adalah satu perkata yang melanggar undang-undang bagi seseorang berkongsi maklumat tersebut di samping turut berkata bahawa hanya Kementerian Kesihatan yang memiliki semua maklumat pesakit dan mereka akan menghubungi orang yang diuji positif.
“Ini adalah pelanggaran hak peribadi seseorang di bawah Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi.
“Di bawah akta ini, adalah melanggar undang-undang untuk berkongsi data peribadi seseorang,” katanya.
Hari ini, sumber mengesahkan bahawa timbalan menteri, Dr Ahmad Masrizal Muhammad telah diuji positif Covid-19 dan kini dimasukkan ke Hospital Sg Buloh.
Sumber mengesahkan beliau dimasukkan pada petang Khamis dan dikatakan dalam keadaan stabil. – 3 Oktober, 2020.
MENYUSUL
Komen