Setpol menteri pengajian tinggi positif Covid-19


Maizatul Akmam Alawi menyertai barisan pemimpin parti kerajaan yang positif selepas berkempen dalam PRN Sabah. – Gambar Facebook, 3 Oktober, 2020.

SEORANG setiausaha politik kepada menteri pengajian tinggi menjadi mangsa terbaru Covid-10 apabila didapati positif selepas berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Laporan Sinar Harian menyebut, Maizatul Akmam Alawi @ Ad Badawi didapati positif dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Sabah.

Beliau merupakan antara pemimpin parti kerajaan yang didapati positif selepas berkempen di Sabah ketika kes Covid-19 menular di negeri itu.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Ahmad Masrizal Mohamad didapati positif selepas pulang berkempen.

Turut disahkan Covid-19 Adun Ayer Limau Amiruddin Yusof dan seorang exco Kedah Azman Nasaruddin.

Para pemimpin Umno Shahril Hamdan dan Razlan Muhammad Rafii juga didapati positif Covid-19 selepas pulang berkempen.

Jumlah kes baharu melonjak ke angka 287 semalam, paling tinggi sejak Covid-19 mula dikesan dalam komuniti awal tahun ini. – 3 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen