Thaksin pulih daripada Covid-19


Thaksin Shinawatra disahkan positif Covid-19 dan dirawat di hospital bulan lepas tetapi sudah pulih. – Gambar AFP, 3 Oktober, 2020.

BEKAS perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra disahkan positif Covid-19 dan dirawat di hospital bulan lepas tetapi sudah pulih, kata sumber rapat kepada hartawan yang hidup dalam buangan itu kepada AFP, hari ini.

Thaksin, 71, yang kini tinggal di Dubai menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenar keluar bulan lepas, katanya.

“Benar yang dia dijangkiti beberapa minggu lepas, tetapi sekarang dia sudah pulih. Dia bergurau yang dia ikut trend,” kata sumber dalam Pheu Thai, parti politik Thailand dikaitkan dengan Thaksin kepada AFP, meminta tidak dinamakan.

Dipercayai beliau dijangkiti virus itu selepas melawat medan selera.

Thaksin disingkirkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 dan meninggalkan Thailand pada 2008.

Beliau disabitkan bersalah di Thailand atas pertuduhan rasuah.

Adiknya, Yingluck, juga menjadi perdana menteri pada 2011 sebelum disingkirkan dalam satu lagi rampasan kuasa tiga tahun selepas itu.

Pendedahan Thaksin pulih daripada Covid-19 dibuat ketika dunia juga digemparkan dengan Presidn AS Donald Trump dan isteri, Melania juga positf virus itu.

Trump sedang mendapatkan rawatan di hospital dan terpaksa menghentikan kempen sebulan sebelum pilihan raya berlangsung. – AFP, 3 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen