Timbalan menteri positif Covid-19


Alfian Z.M. Tahir

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Dr Ahmad Masrizal Muhammad kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.– Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2020.

TIMBALAN Menteri Alam Sekitar dan Air Senator Dr Ahmad Masrizal Muhammad disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. 

Menurut sumber, beliau dimasukkan ke hospital pada Khamis dan kini dalam keadaan stabil. 

“Ya, beliau positif. Keadaan beliau kini stabil dan diletakkan di wad pengasingan. Bukan di ICU (unit rawatan rapi),” kata sumber Kementerian Kesihatan. 

Difahamkan pemimpin Umno itu dijangkiti selepas pulang dari Sabah minggu lalu. 

Sabah merekodkan kes positif Covid-19 tertinggi sejak beberapa minggu lalu. 

Seroang pengamal perubatan di Hospital Sungai Buloh turut mengesahkan Masrizal dirawat di hospital berkenaan namun tidak mendedahkan butiran lanjut. 

Pada 23 September lalu, Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan disahkan positif Covid-19 selepas kembai daripada berkempen pada pilihan raya negeri Sabah. 

Seorang lagi pemimpin Umno Mohd Razlan Rafii turut didahkan positif ketika menjalani ujian saringan di Sabah. 

Ahli Majis Tertinggi Umno itu kemudian dimasukkan ke hospital di Kota Kinabalu. 

Susulan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara, Umno memutuskan untuk menangguhkan semua mesyuarat bahagian dan perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. 

Enam menteri turut diarahkan menjalani kuarantin selepas kembali dari Sabah. Mereka berada di negeri berkenaan untuk berkempen bagi piihan raya negeri yang berlangsung pada 26 September.– 3 Oktober, 2020.
  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen