JPM nafi ada perutusan khas PM petang ini


Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada pukul 4 petang ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Oktober, 2020.

JABATAN Perdana Menteri (JPM) menafikan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada pukul 4 petang ini.

Menerusi laman Facebook rasmi JPM, jabatan itu memaklumkan hal itu dalam kenyataan berikut:

“Tiada perutusan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

“Hentikan menyebarkan berita-berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat”.

Berita palsu tersebut sedang tular di media sosial. – Bernama, 2 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen