Trump dan Melania dalam keadaan baik, kata doktor


Presiden AS Donald Trump dan isteri, Melania Trump disahkan positif Covid-19, hari ini. – Gambar AFP, 2 Oktober, 2020.

PRESIDEN Donald Trump - yang sebelum ini pada Jumaat mengatakan beliau dan isterinya, Melania, didapati positif Covid-19 - berada dalam keadaan baik dan akan terus menjalankan tugasnya, lapor agensi berita Sputnik, memetik doktor presiden Amerika Syarikat itu.

“Sekarang presiden dan isteri dalam keadaan baik-baik sahaja dan mereka merancang terus berada di rumah semasa menjalani proses pemulihan.

“Pasukan perubatan Rumah Putih dan saya akan terus memantau dan saya menghargai sokongan diberikan beberapa profesional dan institusi perubatan di negara kita.

“Saya harap Presiden dapat meneruskan tugasnya tanpa sebarang gangguan,” kata Sean Conley dalam satu kenyataan dikeluarkan Rumah Putih. – Bernama, 2 Oktober, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen