PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan isterinya Melania Trump didapati positif Covid-19, kata presiden itu di akaun Twitter hari ini.
“Malam ini, @FLOTUS dan saya positif Covid-19. Kami akan memulakan proses kuarantin dan pemulihan dengan segera. Kami akan melaluinya bersama-sama!”
Ini berlaku setelah pembantunya, Hope Hicks, dijangkiti virus itu. – AFP, 2 Oktober, 2020.
Komen