Zuraida kuarantin kendiri 14 hari


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin menjalani kuarantin di kediamannya meskipun dua ujian saringan Covid-19 dilakukannya negatif. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Oktober, 2020.

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya meskipun dua ujian saringan Covid-19 dilakukannya adalah negatif.

Setiausaha Politiknya Nor Hizwan Ahmad berkata Zuraida telah menjalani ujian swab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) usai berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September, dimana keputusannya negatif.

Keesokannya (27 September), Zuraida menghadiri program di Langkawi pada sebelah pagi dan pulang petang, dan kemudian menghadiri program Malaysia Urban Forum di Kuala Lumpur pada 28 September.

“Setelah dimaklumkan bahawa terdapat satu kes positif Covid-19 dalam program di Langkawi, beliau (Zuraida) sekali lagi menjalani ujian swab pada 29 September dan keputusannya juga negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Hizwan berkata Zuraida kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti saranan Kementerian Kesihatan. – Bernama, 1 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen