Kanada lanjut larangan kemasukan pelancong antarabangsa


Kanada melanjutkan peruntah larangan kemasukan pelawat antarabangsa yang tidak penting sehingga akhir Oktober susulan negara itu berdepan lonjakan kes koronavirus. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2020.

KANADA semalam melanjutkan perintah larangan kemasukan pelawat antarabangsa yang tidak penting sehingga akhir Oktober susulan negara itu berdepan lonjakan kes koronavirus.

Lanjutan itu dibuat di tengah-tengah gelombang jangkitan kedua Covid-19 yang sebahagiannya disebabkan oleh sesi persekolahan yang kembali dibuka atau berjuta-juta penduduk Kanada yang kembali bekerja selepas cuti musim panas.

“Kita melanjutkan sekatan yang ada untuk perjalanan antarabangsa ke Kanada sehingga 31 Oktober 2020,” kata Menteri Keselamatan Awam Bill Blair dalam satu catatan di Twitter.

Sekatan yang dilaksanakan sejak pertengahan Mac memberi pengecualian untuk pasangan, anak-anak, ibu bapa atau penjaga warganegara Kanada atau penduduk tetap.

Pelancong yang tidak penting tidak dibenarkan masuk ke negara itu tetapi pekerja sektor penting boleh merentas sempadan.

Perjanjian itu tamat pada 21 Oktober. – AFP, 1 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen