AS sekat minyak sawit FGV atas dakwaan guna buruh paksa


Siasatan CBP juga mendapati buruh kanak-kanak juga digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit FGV. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 September, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) menyekat import minyak sawit FGV Holdings Bhd atas dakwaan syarikat itu menggunakan buruh paksa dalam proses pengeluaran produknya.

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) berkata siasatan selama setahun mendedahkan wujud penggunaan buruh paksa termasuk sekatan pergerakan, keganasan fizikal dan seksual, penahanan gaji dan kerja berlebihan.

Siasatan CBP juga mendapati buruh kanak-kanak juga digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit FGV.

Sekatan ke atas minyak sawit FGV Holdings berkuat kuasa serta-merta.

“Penggunaan buruh paksa dalam penghasilan yang boleh dijumpai dalam mana-mana produk membolehkan syarikat mendapat keuntungan menerusi penyalahgunaan pekerja daripada golongan yang lemah, ” kata Penolong Pesuruhjaya Eksekutif Pejabat Perdagangan CBP Brenda Smith.

CBP katanya akan mengeluarkan Perintah Pelepasan Tahan (WRO), yang membenarkannya melarang pengimportan sebarang produk yang dibuat atau dihasilkan, sepenuhnya atau sebahagian oleh buruh paksa termasuk buruh paksa kanak-kanak. – 30 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen