25 kes baharu hari ini dari Sabah


Pemeriksaan mandatori bagi ketibaan dari Sabah bermula padaAhad, sehari selepas pilihan raya, dan akan berlanjutan hingga 10 Oktober. – Gambar Twitter, 30 September, 2020.

SABAH terus mengeksport lebih banyak kes Covid-19 dengan 25 daripada jangkitan baharu hari ini ada kaitan dengan negeri itu, yang baru saja mengadakan pilihan raya pada Sabtu lalu.

Sebanyak 25 kes dengan sejarah perjalanan baru-baru ini ke Sabah adalah sebahagian daripada 86 penularan tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Mereka semua dikesan melalui pemeriksaan ketibaan penumpang dari negeri Sabah.

Kes ini berlaku di Kedah (2), Selangor (5), Johor (1), Sarawak (3), Kuala Lumpur (3), Terengganu (3), Pahang (2), Perlis (2), Negeri Sembilan (1) , Perak (1), Pulau Pinang (1) dan Labuan (1).

Pemeriksaan mandatori bagi ketibaan dari Sabah bermula padaAhad, sehari selepas pilihan raya, dan akan berlanjutan hingga 10 Oktober.

Selepas ujian calitan di lapangan terbang, mereka diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian. – 30 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen