Kakitangan pejabat positif Covid-19, Fahmi Fadzil jalani kuarantin


Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menjalani kuarantin di rumah selepas seorang kakitangan pejabatnya yang pulang dari Sabah disahkan positif Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 September, 2020.

AHLI Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil adalah ahli politik terbaru yang menjalani kuarantin di rumah selepas seorang kakitangan pejabatnya yang pulang dari Sabah disahkan positif Covid-19.

“Mengikuti SOP dan arahan KKM dan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai, dan memandangkan staf tersebut merupakan kontak rapat kami, pagi ini saya dan semua staf pejabat telah hadir ke Klinik Kesihatan Tanglin untuk membuat saringan Covid-19.

“Kami akan menjalani kuarantin di rumah mengikut tempoh yang diarah PKD Lembah Pantai,” katanya menerusi Facebook.

Ahli Parlimen PKR itu berkata pejabatnya di Lembah Pantai akan ditutup sehingga tempoh arahan kuarantin di rumah selesai sementara premis tersebut akan menjalani proses pembasmian kuman serta pembersihan.

Beliau berkata penduduk Lembah Pantai yang mempunyai sebarang urusan boleh menghubungi mereka melalui Facebook atau emel. – 30 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen