MALAYSIA hari ini merekodkan 101 kes baharu Covid-19, yang mana 17 daripada mereka baru kembali dari Sabah baru-baru ini.
Penularan tempatan merupakan penyumbang terbesar kes hari ini membabitkan 97 kes. Jumlah kumulatif kes keseluruhan adalah 11,135.
Daripada 17 kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah, sembilan daripada mereka adalah di Selangor, manakala satu masing-masing di Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Putrajaya.
Kementerian Kesihatan hari ini turut mengumumkan empat kluster baharu hari ini iaitu:
- Kluster Jalan Bomba di Sandakan;
- Kluster Jalan Utara di Sandakan;
- Kluster Benteng PK, di Selangor;
- Kluster Bakawali, di Johor.
Kini 1,062 kes aktif dilaporkan, selepas 50 pesakit didiscaj dalam tempoh 24 jam lalu.
Tiga belas daripada kes aktif kini dirawat di unit rawatan rapi dan lima daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Tiada kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kematian kekal 134. – 29 September, 2020.

Komen