PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam umum 150 juta kit ujian pantas Covid-19, yang mampu memberi keputusan dalam masa 15 minit, dibeli dari Abbott Laboratories.
Kit tersebut memaparkan keputusan sama seperti alat ujian kehamilan.
“Kami rancang begini: 50 juta ujian akan dijalankan untuk melindungi komuniti paling mudah dijangkiti, seperti pusat jagaan,” kata Trump.
Setiap kit ujian menelan kos AS$5, dan jabatan kesihatan dalam satu kenyataan berkata Abbott merancang untuk menghasilkan 48 juta alat itu dalam sebulan, dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Pakar kesihatan sejak beberapa bulan lalu alat ujian antigen ini dilaksanakan secara meluas supaya orang ramai boleh menjalankan ujian sendiri.
Bagaimanapun, kit tersebut kurang sensitif berbanding ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) dan cenderung memberi keputusan tidak tepat. – AFP, 29 September, 2020.
Komen