PENDUDUK sekitar Taman Rimba Kiara mahu arahan mahkamah untuk menhentikan kerja pembinaan apartmen di taman awam itu yang akan menyebabkan kerosakan “yang tidak dapat dipulihkan” terhadap ratusan haiwan dan spesis tumbuhan.
“Pembinaan yang diteruskan akan menyebabkan kerosakan yang tidk dapat dipulihkan,” kata peguam yang mewakili Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Balan Nair kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kamaludin Md Said hari ini.
Katanya sekiranya pembinaan itu diteruskan akan membawa kepada kemusnahan ratusan spesis haiwan dan tumbuhan yang dilindungi undang-undang.
“Mereka akan memotong pokok dan itu menyebabkan kesan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan,” kata Balan berhubung pembanungan yang diteruskan di kawasan taman seluas empat ekar di kawasan pinggir bandar Taman Tun Dr Ismail.
“Memandangkan baki ekuiti, terdapat pertimbangan untuk kesan kekal dalam penerokaan tanah.”
“Pendirian kami tetap… pemeliharaan status quo sementara menunggu pelupusan substantif,” katanya.
Pembangunan itu membabitkan pembinaan apartmen oleh unit Malton Bhd, Memang Perkasa Sdn Bhd (MPSB).
Tanah itu dibangunkan dengan usaha sama Yayasan Wilayah Persekutuan, sebuah badan amal di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.
Lima penduduk dan lima badan pengurusan bersama memfilkan semakan kehakiman terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan keputusan datuk bandar berikutan keputusan cadangan pembangunan itu pada Ogos.
Hari ini, kumpulan itu mengemukakan permohonan untuk membekukan apa-apa tindakan yang timbul daripada kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan yang diberikan sehingga tuntutan berakhir.
Yayasan Wilayah Persekutuan, pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd, dan persatuan penduduk rumah panjang Sunderam bertindak sebagai penngantara di mahkamah hari ini.
Pemaju mendakwa ia telah dilucutkan hak untuk membangunkan tanah itu dan bahawa tanah itu tidak bertujuan untuk dikekalkan kerana ia tidak lagi diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Taman Rimba.
Kos pembangunan setakat ini mencecah RM150 juta.
Pemaju telah mencadangkan untuk membina 2,000 unit apartmen mewah di sembilan blok bangunan bertingkat tinggi ditambah satu menara dengan 350 unit untuk rumah panjang.
Lebih seratus keluarga yang tinggal berhampiran dijanjikan oleh DBKL rumah baru di situ, yang dianggarkan akan mengambil tanah seluas satu ekar.
Pada pendengaran hari ini Kamaludin berkata perlu ada pertimbangan kepada keluarga terbabit.
“Kamu lebih rela melihat burung terbang di pokok berbanding melihat mereka berkeliaran di jalanan tanpa kediaman,” katanya kepada Balan.
Balan membalas bahawa perkara itu merupakan kepentingan awam: “Sila lihat pembangunan yang dicadangkan secara keseluruhan. Keseluruhannya semua,” dan menambah keluarga berkenaan kini tinggal di kawasan itu dan projek itu telah “jauh melampaui” skala yang dijanjikan.
“Dan mereka (pemaju) masih belum menunjukkan pemberhentian sementara tidak akan memberi apa-apa kesan,” kata Balan.
Penduduk terbabit terkejut kerana DBKL memberi kebenaran kepada MPSB untuk meneruskan pembangunan dan memberi laluan dengan meluluskan pembilaan galeri jualan.
Galeri jualan itu untuk mempamerkan dan menawarkan penjualan lapan blok apartmen mewah oleh MPSB di Taman Rimba Kiara.
Dua minggu lalu, Persatuan Penduduk TTDI mengadakan bantahan selepas kelulusan cadangan pembangunan diberikan pada 6 November - tiga hari selepas sesi dialog bersama Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan juga mempengerusikan Yayasan Wilayah Persekutuan.
“Menteri (Tengku Adnan) berkata beliau tidak akan menyentuh Taman Rimba Kiara, tetapi tiga hari kemudian DBKL meluluskan pembinaan galeri jualan,” kata pengerusi Persatuan Penduduk TTDI Hafiz Abu Bakar.
“Ia jelas mereka tiada sentimen awam di hati mereka. Kamu tidak boleh hanya ambil taman awam dan jadikan ia kondominium,” katanya. – 13 Disember, 2017.
Komen