Israel sekat penerbangan keluar bendung Covid-19


Peraturan sekatan pergerakan baharu, akan menyaksikan tempat kerja ditutup, hanya beberapa jam sebelum peraturan tersebut akan mula berkuatkuasa. – Gambar EPA, 25 September, 2020.

KERAJAAN Israel melarang sekatan penerbangan keluar pada hari Jumaat sebagai sebahagian daripada langkah-langkah membendung gelombang virus kedua sejak minggu lalu.

“Aturan yang disepakati membolehkan mereka meninggalkan negara ini membeli tiket kapal terbang sebelum penerbang mula ditutup, iaitu hari ini, 25 September, jam 2 petang,” kata Menteri Pengangkutan Miri Regev dalam satu kenyataan.

“Orang yang membeli tiket setelah itu tidak akan dapat menggunakan tiket mereka,” katanya, sambil menambah warga Israel boleh kembali ke negara itu “tanpa sekatan”.

Bermula 11 pagi waktu tempatan, Israel memperketat sekatan pergerakan bagi membendung virus Covid-19, setelah minggu pertama gagal menurunkan kadar kenaikan jangkitan itu.

Peraturan sekatan pergerakan baharu itu akan menyaksikan tempat kerja ditutup, hanya beberapa jam sebelum peraturan tersebut akan mula berkuatkuasa.

Penutupan sekolah turut dilaksanakan selain sekatan untuk perjalanan ke tempat kerja dan melancong.

Israel mencatatkan lebih dari 215,000 jangkitan Covid-19 dan 1,378 kematian, selain mencatat lebih daripada 7,500 kes baharu pada hari Khamis. – AFP, 25 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen