Lebih 6 juta rakyat Peru hilang kerja akibat Covid-19


Seramai 800 daripada 32 juta penduduk Peru menganggur akibat pandemik Covid-19. – Gambar EPA, 25 September, 2020.

 LEBIH daripada enam juta rakyat Peru tidak bekerja akibat pandemik Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik Menteri Tenaga Kerja Javier Palacios pada Khamis.

Seramai 800 daripada 32 juta penduduk Peru menganggur, dengan kadar pengangguran di Lima mencecah 15 peratus di Lima, kata Palacios.

Institut Perangkaan dan Informatik Nasional baru-baru ini melaporkan sejumlah 6,720,000 warga Peru kehilangan pekerjaan kerana kegiatan ekonomi yang suram berikutan pandemik Covid-19.

Pemerintah Peru telah mengambil langkah-langkah ketat untuk mencegah penularan penyakit ini tetapi secara beransur-ansur mengaktifkan kembali ekonomi. – Bernama, 25 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen