Wang tunai hadiah Nobel naik kepada AS$1.1 juta


Majlis penganugerahan Hadiah Nobel tahun ini dibatalkan tahun kerana wabak koronavirus dan digantikan dengan siaran televisyen bersama para pemenang menerima hadiah di negara asal masing-masing. – Gambar AFP, 24 September, 2020.

HADIAH wang tunai yang mengiringi setiap hadiah Nobel bertambah tahun ini dari sembilan kepada 10 juta kronor (AS$1.1 juta), kata Yayasan Nobel pada Khamis.

“Usaha yang dilakukan dalam beberapa tahun terakhir untuk memperkuat kedudukan kewangan Yayasan Nobel membolehkan pertambahan jumlah hadiah,” kata yayasan itu dalam satu kenyataan.

Hadiah tahun ini dalam bidang perubatan, fizik, kimia, sastera, keamanan dan ekonomi akan diumumkan pada 5 Oktober.

Jumlah hadiah dikurangkan daripada 10 kepada 8 juta kronor Sweden pada 2011, ketika yayasan ini melancarkan program meningkatkan kewangannya.

Sejak awal 2012, modal pelaburannya meningkat dari hanya di bawah 3 bilion kronor kepada 4.6 bilion, sementara hasilnya menghampiri 9% setiap tahun susulan prestasi pasaran yang umumnya baik dan hasil memberangsangkan daripada pengurusan aset yayasan itu sendiri, katanya.

Pencipta hadiah, Alfred Nobel, seorang pereka dan cendekiawan yang berjaya membuat keuntungan daripada penemuan dinamitnya pada 1866, meninggalkan wasiat pada 1895 yang sebahagian besar hartanahnya - sekitar 31.5 juta kronor Sweden, bernilai kira-kira 2.2 bilion kronor pada zaman ini (AS$222 juta), 203 juta euro) - dilaburkan untuk membiayai hadiah.

Yayasan Nobel sebelum ini mengumumkan majlis pengumuman dan penyampaian anugerah tradisinya di Stockholm dibatalkan tahun ini kerana wabak koronavirus, digantikan dengan siaran televisyen bersama para pemenang menerima hadiah di negara asal masing-masing.

Acara Hadiah Nobel Keamanan yang diadakan di Oslo, akan berlangsung dalam skala kecil - dengan jamuan tradisi dibatalkan. – AFP, 24 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen