Pengakhiran Muhyiddin semakin hampir, kata Chin Tong


Muhyiddin Yassin silap meletakkan kepercayaan terhadap Hamzah Zainuddin, kata Liew Chin Tong. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 September, 2020.

MUHYIDDIN Yassin silap mengatur langkah dalam cubaannya untuk mengukuhkan gabungan Perikatan Nasional (PN), dan kini kedudukannya dalam bahaya, kata Liew Chin Tong.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP itu berkata Muhyiddin silap kerana terlalu percayakan Hamzah Zainuddin, watak penting dalam komplot menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Hamzah merupakan menteri dalam negeri dalam kerajaan PN dan setiausaha agung gabungan itu.

Katanya, Muhyiddin terlalu bergantung kepada Hamzah yang kurang memahami taktik politik lama Umno, sehingga menjejaskan kedudukannya.

“Pengakhiran Muhyiddin semakin hampir.”

“Kegagalan terbaru - cubaan Hamzah di Sabah yang disokong Muhyiddin - satu langkah paling bodoh,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semalam umum mendapat sokongan majoriti untuk mengambil alih kerajaan.

Liew berkata Muhyiddin ketika berkempen di Sabah menyeru pengundi supaya memilih kerajaan yang sehaluan dengan persekutuan.

“Masalahnya, sidang media Anwar di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur semalam  sudah mengagalkan kempen Muhyiddin di Sabah.

“Tiada siapa yang tahu jika Muhyiddin akan kekal jadi perdana menteri dan apakah Perikatan Nasional akan terus jadi kerajaan persekutuan bulan depan,” tambah Liew. – 24 September, 2020.

Berita penuh di sini.                


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen