SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) perlu memudahkan proses pengundian bagi rakyat Sabah yang positif Covid-19 dan bukannya menafikan hak mereka, kata Bersih 2.0.
Kumpulan itu berkata mereka terkejut dengan pengumuman oleh Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob semalam bahawa pesakit Covid-19 tidak akan dibenarkan mengundi dalam pilihan raya negeri Sabtu ini.
Mereka yang berada dalam perintah kuarantin bagaimanapun boleh mengundi.
“Bersih 2.0 berpendapat bahawa jika SPR gagal menyediakan lokasi pengundian untuk pesakit positif Covid-19 di Sabah Sabtu ini, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal memenuhi kewajipan mereka terhadap pengundi.
“Seterusnya mana-mana orang atau pegawai pilihan raya yanf dengan sengaja menghalang orang yang berhak untuk mengundi akan dijatuhkan atas kesalahan di bawah Seksyen 4 (d) atau Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” kata jawatankuasa Bersih itu dalam satu kenyataan. – 23 September, 2020.
MENYUSUL
Komen