PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas “Kita Prihatin” pada 2.30 petang ini.
Perutusan khas itu akan dibawakan secara langsung menerusi Bernama TV, RTM, TV3 dan Astro Awani.
Prihatin Rakyat menjadi prinsip utama dalam kerajaan Muhyiddin. Ia mengutamakan kebajikan dan membela nasib rakyat.
Kerajaan Perikatan Nasional melancarkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion, bagi menangani kesan Covid-19, dan pakej itu dinamakan Prihatin.
Hari ini akan menjadi perutusan kedua perdana menteri dalam tempoh lapan hari, selepas Muhyiddin sebelum ini mengingatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan ketika negara masih terus melawan pandemik Covid-19. – 23 September, 2020.
Komen