SEORANG murid dan peguam di Kuching memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Kementerian Pendidikan mewajibkan khat sebagai sukatan pelajaran wajib di sekolah kebangsaan.
Murid tahun empat Korlous Longer dan peguam Dominique Ng menyatakan dalam permohonan mereka yang diajukan di Mahkamah Tinggi Kuching bahawa dengan menjadikan Khat sebagai pelajaran wajib, ia telah melanggar Artikel 12 (3) mengenai hak seseorang untuk pendidikan di Perlembagaan Persekutuan.
Artikel 12(3) menyatakan: “Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
“Khat adalah kaligrafi Islam,” kata Ng yang juga bertindak sebagai penasihat Korlous.
Pesuruhjaya kehakiman Alexander Siew pagi ini memberi hak kepada kedua-dua pihak – responden Jessica Lee dari pejabat Peguam Negara untuk mengemukakan penghujahan bertulis mereka pada 5 Oktober.
Perbicaraan ditetapkan pada 7 Oktober.
Di luar mahkamah, Ng berkata menjadikan Khat sebagai pelajaran wajib di sekolah adalah serangan terhadap hak seseorang. – 21 September, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen