India buka semula Taj Mahal walaupun kes Covid-19 meningkat


Taj Mahal yang terkenal di dunia merupakan tempat pelancongan paling popular di India menerima kra-kira tujuh juta pengunjung dalam setahun. – Gambar EPA, 21 September, 2020.

TAJ Mahal dibuka semula kepada pengunjung hari ini walaupun kes positif Covid-19 di India dilihat meningkat dan akan mengatasi Amerika Syarikat yang mencatatkan jumlah tertinggi dalam jangkitan koronavirus.

India yang mempunyai 1.3 bilion penduduk dan beberapa bandar paling padat di dunia telah mencatat lebih 5.4 juta kes Covid-19.

Kira-kira 100,000 jangkitan baharu dan lebih 1,000 kematian turut dilaporkan setiap hari.

Tetapi selepas penutupan ketat pada Mac yang menjejaskan kehidupan puluhan juta orang, Perdana Menteri Narendra Modi enggan mengikut beberapa negara lain dan mengetatkan lagi kegiatan.

Sebaliknya dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerajaan telah melonggarkan sekatan termasuk laluan kereta api, penerbangan domestik, pasar, restoran mulai dibuka – dan sekarang Taj Mahal mula dibuka semula kepada pengunjung.

Bangunan ikonik terkenal di dunia di selatan New Delhi merupakan tempat pelancongan paling popular di India.

Kira-kira tujuh juta pengunjung melawat Taj Mahal dalam setahun.

Pegawai berkata apabila dibuka semula, peraturan jarak sosial yang ketat akan dikenakan dan jumlah pengunjung harian akan dihadkan kepada 5,000 orang. Tiket pula hanya boleh dibeli secara dalam talian. – AFP, 21 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen