MENJELANG Festival Pertengahan Musim Luruh, kotak kuih bulan yang berwarna-warni biasanya akan mula dilihat memenuhi pasar raya dan restoran Cina, namun perniagaan ini dilihat suram tahun ini berikutan pandemik Covid-19.
Jualan terjejas, turun 40% hingga 70% secara keseluruhan namun beberapa tempat lebih baik dari yang lain, kata seorang pengusaha restoran dan kedai roti.
Permintaan untuk kuih bulan telah sedikit menurun di Selangor dan Kuala Lumpur.
Lum Tuck Loy, ketua eksekutif Kumpulan Restoran Kam Lun Tai yang terkenal dengan kuih bulannya berkata permintaan di Johor Bahru telah dipengaruhi disebabkan oleh sempadan Malaysia-Singapura yang masih ditutup untuk perjalanan tidak penting.
“Sebab utama adalah pusat pemeriksaan Malaysia-Singapura belum dibuka semula. Pelancong Singapura dan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang ke sana,” katanya.
Lum berkata ini menyebabkan jualan kuih bulan di Johor Bahru menurun sekurang-kurangnya sehingga 40%.
Kuih bulan merupakan makanan bermusim dan biasanya diberikan sebagai hadiah.
Oleh itu ia tidak akan menjadi keutamaan bagi pengguna untuk membelinya kerana ketidakpastian ekonomi yang disebabkan oleh wabak koronavirus.
Bakeri Liu Mama di Johor Bahru yang terkenal dengan kuih bulan buatan tangannya bergantung kepada pelanggan Singapura, kata pengasasnya Boo Soon Long.
“Ketiadaan pelanggan dari Singapura telah mempengaruhi banyak industri di Johor Bahru termasuk kuih bulan,” kata Boo yang menganggarkan perniagaan rotinya menyusut sehingga 70% akibat wabak itu.
Dia berharap Festival Pertengahan Musim Luruh yang bermula pada awal Oktober akan meningkatkan jualan.
“Saya rasa perniagaan dapat bertahan tetapi kita tidak akan dapat mencapai sasaran seperti sebelum ini,” katanya.
Untuk menarik pelanggan Liu Mama yang memiliki tiga cawangan di Johor Bahru telah beralih dengan menerima tempahan khas untuk kuih bulan dan menggunakan khidmat penghantaran.
“Sebagai contoh bagi pembeli perniagaan mereka boleh mencetak tanda dagang atau logo mereka sendiri pada kuih bulan dan mengirimkannya kepada pelanggan mereka. Kami juga akan membantu menghantar kepada pelanggan berkenaan,” kata Boo.
Sementara itu Lum berkata berkata bahawa kedai mereka yang juga terkenal dengan kuih bulan telah menunjukkan prestasi memuaskan di Kuala Lumpur namun tidak di Kedah.
“Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) di beberapa daerah di sana telah menyekat permintaan,” katanya.
Walaupun seluruh negara berada di bawah PKP Pemulihan dan orang ramai dibenarkan keluar membeli-belah dan makan, penduduk di sana tidak dilarang dan jumlah pengguna masih rendah. – 21 September, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen